gaha
Maksud: Gosok sesuatu bahagian dengan kuat
Ayat: Kalau gaha banyak kali tempat berlumut itu akan bersih.
galak
Maksud: Menggatal
Ayat: Perempuan yang galak itu selalu berdampingan dengan lelaki.
galak-2 (galak-gatal)
Maksud: Ambil tahu berlebihan
Ayat: Jangan galak-gatal hendak tengok wayang seorang diri di bandar itu.
galak-3 (guling galak)
Maksud: Bermain secara melampau tanpa tujuan
Ayat Kalau kamu asyik guling galak begini, sampai bila pun sampah depan rumah kita bersepah.
galak-4 (guling-galak)
Maksud: Bersama pasangan
Ayat: Kalau dapat isteri pun, takkan hendak guling galak sepanjang hari.
galir
Maksud: Bahagian yang bersekeru itu sudah rosak
Ayat : Air itu bercucuran sebab kepala pahit sudah galir.
gandeng
Maksud: Kena pukul
Ayat: Kontraktor Bahar itu mati kena gandeng oleh perompak yang masuk ke rumahnya semalam.
ganyah/gonyah
Maksud: Memberus
Ayat: Kalau ganyah kaki seluar itu dengan kuat, tentu kekotoran akan hilang,
gasang
Maksud: Sikap marah yang melampau
Ayat: Janganlah tunjuk gasang sangat di hadapan tetamu.
gasok
Maksud: Pukul
Ayat: Perompak itu kena gasok oleh orang ramai sampai lembik.
gatih
Maksud: kayuh basikal
Ayat: Atuk tidak larat lagi gatih basikal ketika mendaki bukit.
gebeng
Maksud: Kembang/besar
Ayat : Mukanya menjadi gebeng apabila dimarahi.
gebor
Maksud: Kain selimut
Ayat : Kalau berasa sejuk pakailah kain gebor di atas meja itu.
gedeber
Maksud: Bersifat samseng
Ayat: Budak itu menjadi gedeber selepas ayahnya meninggal dunia.
gedeber-2
Maksud: Bahagian badan perut bersusun-susun.
Ayat Gemuknya budak itu hingga perutnya gedeber.
gedik
Maksud: Pujuk/minta
Ayat: Boleh tak kamu gedik anak gadis Hajah Som bekerja di gerai aku.
gedik-2
Maksud: Bergerak-gerak
Ayat: Aku nampak ekor anak ular yang kamu pukul itu masih gedik.
geduk
Maksud: Beduk di masjid/surau
Ayat : Jika dua kali bunyi geduk di masjid tandanya ada kematian di tempat itu.
geger
Maksud: Riuh-rendah
Ayat: Bunyi geger di rumah Pak Dolah mengejutkan aku sekeluarga.
gelabut
Maksud: Orang begitu ramai di sesuatu tempat
Ayat : Aku tidak dapat mencari Samy sebab gelabut sangat di kawasan kedainya.
gelap-gelemak
Maksud: Tak nampak satu apa pun
Ayat : Apabila bekalan elektrik terputus, kawasan itu menjadi gelap-gelemak.
gelap-guguk
Maksud: Keadaan sangat gelap
Ayat: Baru pukul 5 petang, hari sudah gelap-guguk macam malam.
gelap mata
Maksud: Rasa hampir pengsan
Ayat : Dua kali aku gelap mata ketika bersesak di pasar raya.
geleha
Maksud: Geliat
Ayat: Aku terpaksa bertongkat sebab geleha kepala lutut.
gelekek
Maksud: Ketawa berdekah-dekah
Ayat: Telatah kawannya yang melucukan telah menyebabkan Aminah gelekek.
gelenyar
Maksud: Tak duduk diam
Ayat: Aku lihat kawan perempuan kamu gelenyar sejak tadi.
geleyeh
Maksud: Mata pisau sudah tumpul
Ayat : Tolong asah mata pisau semula sebab sudah tumpul geleyeh.
geletek
Maksud: Menggelikan seseorang hingga ketawa
Ayat: Cuba geletek ketiak budak itu supaya dia ketawa.
geli-geleman
Maksud: Rasa jijik
Ayat Aku jadi geli-geleman tengok dia makan belut goreng.
gelorat
Maksud: Perasaan yang bergelora/tak tenteram
Ayat : Sutinah dalam keadaan gelorat selepas mendapat tahu anak lelakinya ditahan polis.
gelulung
Maksud: Merengkukkan badan
Ayat: Dia tidak tahan sejuk sehingga tubuhnya gelulung macam ulat.
gelung
Maksud: Petak sawah
Ayat: Aku menyewa lima gelung sawah daripada Haji Sulaiman.
gemal
Maksud Padi bertangkai yang diikat banyak- banyak
Ayat: Berapa gemal padi yang diperoleh dari sawah di tepi bukit?
gembur
Maksud: Menghancurkan tanah untuk bertanam
Ayat: Selepas gembur tanah kebun itu, pokok limau tumbuh subur.
gemia
Maksud: Sejenis buah asam/kundang
Ayat : Kalau hendak makan gemia, kaitlah dengan galah.
gemuk-mento
Maksud: Sangat gemuk dan sihat
Ayat : Apakah makanan yang kamu beri hingga anak kamu gemuk-mento?
gemuloh
Maksud: Arwah
Ayat: Waktu gemuloh ayah kamu ada, dia selalu makan roti canai di sini.
gendong
Maksud Membawa anak dengan meletakkan letakkan di bahagian belakang
Ayat: Semasa kecil dulu aku selalu gendong dia ke sungai.
genyeh
Maksud: Menggosok mata dengan tangan
Ayat: Kalau habuk masuk ke mata, jangan genyeh nanti habuk masuk ke dalam.
gerobok
Maksud: Almari pakaian/buku/lain-lain
Ayat: Mak membeli gerobok baru ini untuk mengisi pakaian saya.
gerpok
Maksud: Ugut/gertak
Ayat Pencuri itu lari lintang-pukang apabila kena gerpok oleh tuan rumah.
getah
Maksud: Nampak menarik (perempuan)
Ayat : Anak dara Mek Ngah itu nampak getah benar.
getuh
Maksud: Petik daun
Ayat: Cuba Yah getuh dua tiga helai daun limau purut di belakang rumah.
gipong
Maksud: Kumpul
Ayat : Anda kena gipong duit banyak-banyak sebelum merancang untuk melancong.
gogah
Maksud: Sejenis alat tangkap udang
Ayat Di rumah Pak Senik banyak gogah untuk menangkap udang.
gogeh
Maksud: Bergoyang
Ayat: Cuba baiki tiang reban ayam yang gogeh itu semula.
gok
Maksud: Reban itek/ayam/kambing
Ayat: Gok ayam di belakang rumah saya sudah roboh.
gomol
Maksud: Berpelukan kasih/berkelahi
Ayat: Ibrahim gomol dengan Idris di tepi jalan.
gombeng
Maksud: Mengambil makanan dengan gigi/anjing
Ayat: Anjing liar itu telah gombeng tulang lembu yang dibuang.
gong
Maksud: Kawasan tanah tinggi yang luas
Ayat: Rumah aku tidak kena banjir sebab terletak di atas gong.
gong-2
Maksud: Sombong/angkuh
Ayat: Janganlah nak tunjuk gong kepada orang kampung kita.
gonyer
Maksud: Kunyah bagi orang tak bergigi
Ayat: Haji Man terpaksa gonyer daging itu kerana terlalu keras.
gorok
Maksud : Memotong sesuatu dengang erhaji dan lain-lain
Ayat : Tolong gorok papan itu dengan gergaji.
gorak-2
Maksud: Sembelih
Ayat: Mari kita pergi tengok orang gorok lembu korban di masjid.
guana gamak
Maksud: Bagaimana/apa khabar
Ayat: Guana gamak adik bongsu kamu di kampung?
gubal
Maksud: Isi kayu yang kurang kuat
Ayat Seelok-eloknya jangan gunakan kayu gubal untuk membuat rumah.
guling-bating
Maksud: Tidur beramai-ramai
Ayat: Tengoklah di tengah rumah tu, anak-anak tidur guling-bating.
guling-bating-2
Maksud: Bergomol hingga berguling
Ayat: Dua orang budak itu sedang guling-bating kerana tidak ada yang mahu meleraikan.
guling-galak
Maksud: Bersama memadu kasih dengan gembira
Ayat : Adik perempuan kamu itu masih guling-galak dengan suaminya.
gunda
Maksud:Tidak berpasangan
Ayat: Kita tidak boleh tinggal gunda begini sampai tua.
guri
Maksud: Tempayan kecil
Ayat: Mak membeli guri untuk mengisi ikan masin.
guri -2
Maksud: Pembelian/Penjualan Pertama (Pecah Telur)
Ayat: Ali bersyukur dapat guri dari hasil jualannya hari ini.
Sharif Putera, 2013, KENALI LOGHAT TERENGGANU, Kuala Terengganu, Sharif Kreatif