danu
Maksud: Pelangi
Ayat : Jika hujan renyai-renyai nampaklah danu di hujung sana.
daba
Maksud: Kolar baju
Ayat: Daba baju yang dibeli oleh ayah ikut fesyen koperat.
dagangang
Maksud: Orang tengah dalam jual-beli ikan
Ayat: Sejak jadi dagangang sekarang, hidup Zahari sekeluarga semakin mewah.
dahagi
Maksud: Kerja kuat kerja bersungguh-sungguh
Ayat: Dahagi betul Mak Som menjaja kuih dari rumah ke rumah.
dalai
Maksud: Terapung di permukaan air
Ayat : Aku nampak mayat pemancing dalai dekat perdu bakau.
damah
Maksud: Habis duit
Ayat: Sejak Mat Leh rapat dengan janda berambut merah, damah harta bendanya dikikis oleh perempuan itu.
darat
Maksud: Bersikap orang kampung/pedalaman
Ayat : Bini baru aku itu orang darat, bukan suka makan lauk ikan tiga rasa.
dok dang
Maksud: Tidak sempat
Ayat: Aku dok dang hendak mengejar kelajuan bas express dalam keadaan hujan begini.
dok jatuh perut
Maksud: Makanan belum lagi hadam
Ayat: Janganlah cepat sangat hendak pulang, nasi dok jatuh perut lagi.
dok lih pegang buku
Maksud: Tidak boleh dipegang janji
Ayat: Kenapa kamu berbincang dengan Murasd sebab dia dok lih pegang buku.
dok matih
Maksud: Tidak dapat mengawal perahu/sampan semasa berkayuh
Ayat : Ketika melalui jeram Siku, perahu yang dikayuh Yunus dok matih lagi.
dok putus orat
Maksud: Tidak dapat membuat keputusan
Ayat: Kalau berbincang dengan wakil rakyat jangan dok putus orat.
dok rok sekepeng
Maksud: Tidak boleh diharapkan langsung.
Ayat: Jangan minta tolong abang Mat sebab dia dok rok sekepeng.
dok buat setabot
Maksud: Tidak ada apa-apa
Ayat: Aku tahu, abang aku dok buat setabot perkara perkara curi-mencuri itu.
dok setarang
Maksud: Haram tak buat/naif
Ayat: Dok setarang, aku berani bersumpah bahawa dia tidak membakar rumah itu.
dok tanggal
Maksud: Tompokan yang tidak hilang
Ayat Sudah puas aku memberus bekas itu tetapi dok tanggal juga.
debok
Maksud: Kena pukul
Ayat : Aku nampak Mamat kena debok dua tiga kali debak oleh samseng jalanan.
debor
Maksud: Rasa tak sedap hati
Ayat : Aku berasa debor ketika lalu di hadapan rumah kosong yang dikatakan berhantu itu.
debor-lenyap
Maksud: Sangat mengejutkan/terperanjat
Ayat: Aku debar-lenyap apabila ternampak kereta Mat Deris terhumban di dalam kolam.
decak
Maksud: Melompat/berjalan dengan sebelah kaki
Ayat: Sejak kaki kirinya patah, salim terpaksa decak ke kedai makan.
dedah
Maksud: Kerap buang air kecil (kencing)
Ayat : Aku berasa kamu ini terkena penyakit dedah kerana kerap kencing.
dekpong/kepong
Maksud: Dukung seseorang menggunakan tangan
Ayat: Sejak lumpuh aku terpaksa dekpong adik aku itu ke dalam kereta.
demoh
Maksud: Cara melembutkan bahagian kulit kerana sakit perut/ dahi berbenjol.
Ayat : Ambil tungku batu yang sudah dipanas dan demoh perut emak kamu.
dendeng
Maksud: Tabir untuk lindungi kawasan
Alat: Elok cari kain untuk dendeng ruang antara lelaki dengan perempuan. solat
dengut
Maksud: Kurang cerdas berfikir/bertindak
Alat: Minta maaf cikgu, anak sikit ketika belajar. saya ini agak dengut
dener
Maksud: Tanah selut yang basah
Ayat : Di depan rumah aku dener selepas lori keluar masuk ke kawasan perumahan baru.
dener-per
Maksud: Manja
Ayat : Adik perempuan Zaleha itu menangis dener- per apabila diusik.
deper
Maksud: Hidung kurang selesa-seperti kena selsema
Ayat : Sejak terkena hujan minggu lalu, hidung aku selalu deper.
derak
Maksud: Bunyi sesuatu seperti orang berjalan
Ayat : Aku mendengar bunyi derak beberapa kali di bawah rumah kita.
derak-2
Maksud: Suka berjalan
Ayat : Mak Limah suka derak dari rumah ke rumah untuk menyebarkan khabar Angin.
derah
Maksud: Cepat buat kerja
Ayat : Derah benar menantu aku buat kerja baiki beranda itu.
deretuh
Maksud: Tidur
Ayat: Kalau tengah hari begini, Sudin mesti deretuh.
ding poteng/ni poteng
Maksud: Berjalan ke sana ke mari tanpa tujuan
Ayat : Sejak dibuang kerja, Wahab hanya asyik ding poteng di bandar.
doket
Maksud : Terpacak pada tubuh/dinding
Ayat Lembing itu betul-betul doket di atas punggung babi hutan.
donor
Maksud : Kotor pada tanah/ becak
Ayat: Lebih baik awak berjalan kaki sebab jalan itu sudah donor.
donorpor
Maksud: Becak yang amat sangat
Ayat Jalan masuk ke tempat berkelah itu sudah donorpor.
Sharif Putera, 2013, KENALI LOGHAT TERENGGANU, Kuala Terengganu, Sharif Kreatif