cacang
Maksud: Berdiri
Ayat: Janganlah cacang lama sangat nanti lengoh sendi tulang.
cagok
Maksud : Tempat letak durian untuk dijual
Ayat: Pada musim durian, banyak cagok di dirikan di tepi jalan.
cah-ligah
Maksud: Suka bekerja/rajin/cekap
Ayat Aku sokong sangat kalau kamu hendak mengambil Suzi itu bekerja sebab dia seorang yang cah-ligah.
cakduh
Maksud: Kurang cermat melakukan kerja
Ayat: Kamu kena awasi kerjanyat sebab dia terlalu cakduh.
cakne
Maksud: Ambil tahu
Ayat : Menentu aku yang baru itu sangat mengambil cakne isterinya.
cakung
Maksud: Duduk menggunakan dua kaki
Ayat : Orang tua tidak boleh cakung lama-lama kerana cepat lenguh.
calat/calat lutut
Maksud: Memakai sarung/kain tetapi tidak menutup lutut
Ayat: Kiranya kamu sudah besar Nasir, tidak eloklah kamu biarkan lutut kamu itu calat.
camboh
Maksud: Togel-sejenis tumbuhan/sayur
Ayat : Aku suka makan sayur camboh.
camek
Maksud : Gemar campur kerja orang lain/suka jamah/usik seuatu
Ayat: Boleh tak kamu jangan camek barang-barang perhiasan di atas meja itu?
capek
Maksud: Anggota badan yang tidak bergaya/tangan
Ayat: Sejak kena angin ahmar minggu lepas, tangan kiri dia menjadi capek.
catding-catding/cakting-cakting
Maksud: Suka bermain-main sambil melompat
Ayat: Itulah yang dibuat anak aku yang seorang itu, catding-catding di hujung pagar sana.
cate
Maksud: Duduk dekat dengan tertib
Ayat : Siapa yang suruh dia cate dekat emak aku itu?
cebek
Maksud: Kain seumpamanya untuk alas meja
Ayat : Mak Minah membeli cebek ini di pasar malam.
cebok
Maksud: Mengambil air dari kolah menggunakan bekas atau gayung
Ayat : Aku sudah letakkan gayung dekat tempayan untuk cebok air basuh kaki.
ceding
Maksud: Tunas pokok
Ayat: Pokok yang baru ditanam minggu lepas sudah tumbuh ceding.
ceding-ceding-2
Maksud: Budak yang suka berlari sambil melompat
Ayat : Anak Siah tu, asyik ceding-ceding di tengah padang pada waktu pagi dan petang.
cedok
Maksud: Mengambil sesuatu makanan dengan sudu/senduk
Ayat : Tolong cedok lauk untuk Pak Ngah kamu yang baru sampai.
cegat
Maksud: Berdiri
Ayat: Ramai yang datang ziarah arwah Haji Salleh suka cegat daripada duduk.
ceh
Maksud: Menyalakan api daripada mancis (colok)
Ayat: Adik, tolong cen api dapur sekejap, emak hendak masak ait
cekah
Maksud: Kupas atau belah buah, khusus buah durian
Ayat: Payah benar hendak cekah durian yang baru gugur pagi tadi.
cekah-2
Maksud: Meleraikan pelukan pergaduhan
Ayat: Kalau aku tidak cekah Jusoh itu bergomol dengan Sidek tadi, tentulah ada yang cedera.
celak-celut
Maksud: Sekali ada sekali tiada
Ayat : Kalau celak-celut ke masjid tandanya orang tudak kuat imannya.
celeret
Maksud: Berpakaian labuh hingga sampai ke tanah
Ayat: Disebabkan terlalu labuh, jubahnya celerer ke tanah.
celober
Maksud: Carik yang banyak
Ayat: Langsir pintu itu kena ganti yang baru sebab sudah carik celober.
celopong
Maksud: Mulut ternganga agak lama
Ayat : Apa yang kamu khayal sampai mulut celopong begitu?
cemuh
Maksud: Jemu
Ayat : Aku sudah cemuh makan nasi lauk gulai daging
cenuar
Maksud: Minyak guna-guna
Ayat: Kalau kena cenuar tok bomoh Hitam itu melututlah Yati kepada aku.
cepelak
Maksud: Makan dengan gelojoh
Ayat: Jangan cepelak sangat, nanti awak tersedak.
cerat
Maksud: Terang atau nyata
Ayat: Janganlah kamu persoalkan lagi kerana surat daripada kerajaan Riau itu sudah cerat.
cering
Maksud: Bertempik dengan suara nyaring
Ayat: Kenapa budak itu cering sampai pekak telinga aku ini?
cerek/cerut-cerik
Maksud: Bunyi seperti memasukkan air ke dalam lubang
Ayat : Ada bunyi cerut-cerik dalam lubang tikus itu sejak semalam.
ceru
Maksud: Tanah atau pasir yang lembut
Ayat: Tanah Bukit Sudu yang agak ceru sesuai untuk bertanam cucuk.
cerut
Maksud: Memotong rumput untuk makanan ternakan
Avat: Tiap-tiap hari Pak Mat cerut rumput untuk lembunya.
cerut-2
Maksud: Bunyi di dalam perut
Ayat : Kalau sudah cerut perut begini kita perlu makan segera.
cetong
Maksud: Bekas minum/alat sukatan
Ayat : Elok pakai cetong untuk menyukat kacang tanah.
(dok rak) cetong
Maksud: Tidak mampu
Ayat: Jangan harap dia dapat membuat kerja itu sebab dia dok rak cetong.
cobong
Maksud: Bengkak berbentuk bulat
Ayat : Mukanya cobong kerana ditumbuk oleh perompak yang masuk ke kedainya.
(bekak) cobong
Maksud: Bengkak yang besar
Ayat : Berapa ekor tebuan yang menyerang kamu sampai muka ni bekak cobong?
cokeh
Maksud: Ambil sesuatu menggunakan alat
Alat: Carilah kayu panjang untuk cokeh bola tersepit di dalam lubang itu. yang
cokeng/kerah cokeng
Maksud: Barangan lembut kemudian tegang/keras
Ayat : Ekor ikan cencaru kerah cokeng setelah disimpan di dalam peti sejuk.
cokoh
Maksud: Duduk mencangkung tanpa berbuat sesuatu
Ayat Ramai orang yang suka duduk cokoh di bangku stesen bas.
colek
Maksud: Pencecah makanan asam
Ayat : Kalau asam pauh ini dimakan dengan colek nisan tentu sedap.
cokek
Maksud: Suara orang latah
Ayat: Oh.. cokek.. ayahmu jatuh dalam parit.
comor/lomor
Maksud Sapu barangan cecair pada bahagian tubuh
Ayat: Tolong comor ubat ini pada bahagian belakang adik kamu.
comel-lete
Maksud: Perempuan/gadis yang sangat cantik
Ayat : Aku belum pernah tengok perempuan yang comel-lete macam Diana itu.
congek
Maksud: Sebahagian badan/barang terangkat
Ayat: Kerana terlalu banyak barang muatan, bot itu congek di hadapan.
copeh
Maksud: Sedikit/sebahagian
Ayat: Sarah tidak boleh beri lempeng itu sebab tinggal copeh sahaja.
copong
Maksud: Pembesar suara
Ayat: Copong yang digunakan untuk azan di surau itu masih baik.
coreng
Maksud: Pakaian terkena salutan kotor
Ayat: Banyaknya coreng kapur merah di baju aku.
cotek
Maksud Barangan kecil terletak di rumah yang besar
Ayat: Kek hari jadi anaknya dihiasi dengan beberapa cotek krim di atasnya.
cotek-arek
Maksud: Menunjukkan ramai/banyak di merata-rata
Ayat Yang ramai cotek-arek di tengah rumah itu semuanya cucu Hajah Tipah.
cuah
Maksud: Buang (barangan cair)
Ayat: Nenek Peah cuah semua bubur kacang sebab sudah basi.
cuci leai
Maksud: Sangat bersih
Avat: Semua bekas makanan semalam sudah cuci Jeal
cucuh
Maksud: Menyalakan api
Ayat : Kamu cucuh api untuk membakar sampah yang berlonggak di belakang rumah.
cucur
Maksud: Basuh
Avat: Tolong cucur tangan nenek kamu yang kotor itu.
cucur-2
Maksud: Tukar duit/pulangkan duit baki dalam urusan niaga
Ayat : Mak Bedah cucur sebanyak 50 sen kepada adik setelah adik membayar sebanyak seringgit.
culah
Maksud : Liar
Ayat : Lembu yang dibeli kelmarin sangat culah sebelum dimasukkan ke kandang.
culas-2
Maksud: Malas
Ayat: Culas sungguh adik kamu hendak sembahyang subuh.
Sharif Putera, 2013, KENALI LOGHAT TERENGGANU, Kuala Terengganu, Sharif Kreatif