babir
Maksud: degil (perangai)
Ayat: Akil, anak Soh yang tinggal di tepi alur itu memang babir, langsung tidak hendak mendengar nasihat orang lain.
badi
Maksud: Berlawan/bertanding
Ayat : Pertemuan kita kali ini untuk mencari kata sepakat tetapi kalau badi bercakap sampai malam tentu tidak berhasil.
bahang-rambang
Maksud: Buat kerja tak ikut panduan atau secara melulu
Ayat: Kalau membuat kerja secara bahang-rambang lebih baik berhenti sahaja.
bahang tanah
Maksud: Mati atau mampus
Ayat: Kalau hidup menyusahkan orang lebih baik bahang tanah sahaja.
bak/bedebok/bok
Maksud: Bunyi seperti benda berat jatuh
Ayat Cuba kamu tengok di dapur itu kerana aku dua kali aku dengar bunyi bok.
balah
Maksud: Berkelahi/bergaduh
Ayat : Tidak elok dipandang orang kalau balah dua beradik begini.
balik-belah
Maksud Pandangan tidak tetap/susunan tidak teratur
Ayat : Aku tidak hendak berkira dengan Zaid sebab cakapnya selalu balik-belah.
baloh
Maksud: Rumah untuk menyimpan padi
Ayat Suatu ketika dulu belakang rumah aku ada baloh padi.
bangat
Maksud: Cepat
Ayat: Kenapa bangat sangat kakak hendak balik?
(lambat) bangat/lambat laung
Maksud: Akhirnya dapat/sampai
Ayat : Janganlah susah hati, lambat bangat adik kamu balik juga.
barak
Maksud: Sangat bergaya
Ayat : Barak benar adik kamu sejak dia bekerja menjual kereta.
bece
Maksud: Bengkak seperti hendak bernanah
Ayat: Aku nampak bece kaki kamu ini Dolah sudah parah.
bedang
Maksud: Bintik/kemerah-merahan pada badan.
Ayat: Habis bedang badan kamu ini macam kena ulat bulu.
bedo'oh
Maksud: Perlakuan/perbuatan yang melampau terlampau
Ayat : Tindakan Karim menghalau adiknya dari rumah dianggap bedo'oh oleh jiran-jirannya.
begar
Maksud: Binjol pada bahagian kepala
Ayat: Apa kena dengan kepala kamu Mamat sampai begar begini?
begar-2
Maksud: Kepala jadi besar/tidak begitu bulat
Ayat: Sejak lahir lagi kepala anak aku jadi begar macam itu.
begatung-ayong
Maksud: Banyaknya barangan yang digantung
Ayat: Begatung-ayong beg sekolah dipamerkan di kedai seberang jalan itu.
bekeng
Maksud: Bersifat samseng/garang atau pemarah
Ayat: Janganlah bergurau dengan Jusoh kerana dia sangat bekeng
bekwah
Maksud: Jamuan/kenduri kahwin
Ayat: Hari ini aku ada tiga jemputan bekwah di tempat yang jauh.
bele
Maksud: Pelihara
Ayat: Ikan haruan yang saya bele semakin membiak.
(ada) bele
Maksud: Memelihara makhluk halus
Ayat: Semua orang tahu bomoh Pak Rashid itu ada bele hantu raya.
belalok
Maksud: Mata terbeliak (pengsan)
Ayat: Sudah dua kali anak kecil Zizah tu belalok matanya ketika demam panas.
belaking
Maksud: Bahan (tar) untuk jalan raya
Ayat Pintu kiri kereta aku habis terkena belaking ketika melalui jalan yang sedang dibaiki.
belanar
Maksud: Banyak
Ayat Belanar orang jual belut di pasar tani berdekatan dengan padang bola.
beleber
Maksud: Berleter panjang
Ayat Tidak sudah-sudah Mak Ngah itu beleber kepada anaknya.
belekor-sewor
Maksud: Jalan berliku-liku
Ayat: Jalan ke Bukit Sagu itu belekor-sewor macam ular kena palu.
beleming
Maksud: Bahagian atas kuah lauk seperti basi/ berminyak
Ayat: Beleming benar gulai daging yang dijual di kedai itu.
belire
Maksud: Satu bahagian rangka rumah
Ayat : Aku hendak menggunakan kayu seraya untuk membuat belire rumah Haji Muda.
belit/berbelit-belit
Maksud: Cakap berdolak-dalih
Ayat: Aku tidak faham akan cerita adik kamu Man, belit macam orang kurang akal.
beliung
Maksud: Sejenis serangga berbentuk seperti helikopter
Ayat: Adik aku menangis sekuat-kuat hati kerana kerana takut beliung.
beliung-2
Maksud: Kapak besar berhulu panjang
Ayat: Pak Soh menebang pokok cengal dengan beliung.
belok
Maksud: Tidak lurus/bengkak
Ayat: Parit yang kamu gali tu terlalu belok ke kiri.
belok-belekor
Maksud: Keadaan sesuatu yang berliku-liku
Ayat : Parit baru dekat masjid kampung tu jadi Belok belekor
beluah/jeluah
Maksud : Kotor terutama di bahagian muka
Ayat : Mulut anak kecil itu beluah selepas makan
belucah
Maksud: Budak yang nakal/lincah
Ayat: Belucah sungguh anak Senah tu, langsung tidak boleh duduk diam.
benggol
Maksud: Bengkak besar di bahagian kepala
Ayat: Aku terperanjat melihat kepala Sudin menjadi benggol selepas dilakukan pembedahan.
berahi
Maksud: Suka/gemar
Ayat: Berahi sungguh (benar) Mek Jah makan buah duku
berai
Maksud: Lerai/tidak melekit
Ayat: Untuk memasak nasi beryani kena pilih beras mudah berai.
berai-2
Maksud: Bunyi sesuatu pada pokok
Ayat: Berdiri bulu roma apabila aku mendengar berai pokok rambai di belakang rumah tu.
berat-nanang
Maksud: Sangat berat
Ayat : Aku tidak larat memikul simen itu sebab berat nanang
beratas
Maksud: Banyaknya sesuatu yang keluar tempat (serangga)
Ayat : Apabila aku buka baldi berisi perut ikan, beratas ulat keluar dari baldi itu.
bere
Maksud: Wajah kelihatan berubah sedih/susah hati
Ayat: Setelah dimarahi abang, muka adik nampak bere.
bereke
Maksud: Berbundung-bundung/ramainya bersama/ berantaian
Ayat: Aku tidak berjalan ke mana pun sebab ramai yang hendak bereke.
berembah
Maksud: Berkelahi sehingga jatuh-menjatuh
Ayat: Akibat bertaruh perlawanan bola, Junid dengan Muin berembah dalam kedai Haji Majid.
beret
Maksud: Hujan renyai-renyai secara berterusan
Ayat: Kalau hujan beret begini sampai petang terpaksalah kita membatalkan gotong-royong.
bergerapok/rapok
Maksud: Bunyi seperti orang merempuh sesuatu
Ayat : Pencuri itu bergerapak langgar almari apabila dikejar orang ramai.
berik
Maksud: Tidak membesar
Ayat: Anak aku ini jenis berik kerana umur enam tahun macam tiga tahun.
beru-berek
Maksud: Suka berleter walaupun perkara remeh- temeh
Ayat : Walaupun sedikit sahaja silap aku tetapi mulutnya beru-berek sampai maghrib.
beser
Maksud: Kerap buang air kecil (orang perempuan)
Ayat: Orang yang beser akan kerap ke tandas.
betat
Maksud: Lambat bergerak/bekerja
Ayat: Janganlah kamu marah sangat kepada Mat Rifin tu sebab budak itu memang betat,
bicut
Maksud: Bengkak di bahagian dahi
Ayat: Dahi Musanif bicut kerana terhantuk tiang bangsal kambing.
bidah
Maksud: Lastik
Ayat: Halim dimarahi gurunya kerana membawa bidah ke sekolah.
bidas-2
Maksud: Bahas/berhujah
Ayat Hari ini Dato' Saad kena bidas perwakilan kerana campur tangan dalam tender longkang besar.
bining
Maksud : Sudah berkahwin
Ayat: Kalau sudah bining janganlah ganggu anak dara orang lagi
biru-ketu
Maksud: Wajah menjadi biru kerana berlaku sesuatu
Ayat: Ketika dia jatuh dari tangga tadi mukanya jadi biru-ketu.
bira-herang
Maksud: Wajah menjadi biru kerana kesakitan
Ayat : Aku tidak tahu apa penyakitnya sampai seluruh tubuhnya menjadi biru herang.
bitol
Maksud: Cara menangkap udang/ikan dalam sungai
Ayat : Mallam tadi Sudin menahan bitol udang di Sungai Nerus.
boceh
Maksud: Perut membesar
Ayat : Perut Lim semakin boceh kerana tidak bersenam
boceh-2
Maksud: Sudah mengandung
Ayat: Alku nampak perut isteri kamu sudah boceh.
bocong
Maksud: Bekas air/nasi
Ayat: Abah kamu sudah beli bocong air panas yang baharu menggantikan yang rosak itu.
bojeng
Maksud : Bergunting
Avat: Setelah bojeng baru kamu nampak tampan
bokeh
Maksud: Akar pokok terangkat dari dalam tanah
Ayat: Pokok mangka di tepi dapur rumah aku habis bokeh terkena ribut petang kelmarin.
bokor
Maksud: Barangan tembaga seperti pinggan tetapi berkaki
Ayat: Mek Senah mengguna bokoruntuk meletakkan barang-barang hantaran
bolah
Maksud: Perangai yang sukar dikawal (budak
Ayat : Tolong menjaga barang-barang berharga sebab anak Seman itu sangat bolah
boler
Maksud: Tidur yang sangat lama
Ayat: Jangan cari Husein pagi-pagi buta begini sebab dia selalu boler sampai masuk zohor.
boler-2
Maksud: Mata rosak
Ayat: Yazid sentiasa memakai cermin mata hitam itu sebab matanya boler sebelah kiri.
bolok
Maksud: Kurang cermat melakukan sesuatu
Ayat: Aku tidak jadi mengambil Zul bekerja sebab dia itu bolok sikit.
bolot-wok
Maksud: Kerja tidak senonoh
Ayat: Kerja-kerja mengorek parit hari itu terpaksa dilakukan semula sebab sudah menjadi bolot-wok.
bolor
Maisud: Kedua-dua mata tidak ada
Ayat: Sejak terjatuh dari bangunan hari itu mata Kassim menjadi bolor.
bolor-2
Maksud: Sejenis pasu tembikar
Ayat: Di rumah aku ada dua biji bolor lama.
bong
Maksud: Alat kupas kelapa
Ayat: Kalau hendak kupas kelapa dengan cepat, pakai sahaja bong aku.
bong-2
Maksud : Tercorak atau terbelakang dalam ujian/ perlumbaan
Ayat : Anak lelaki aku selalu mendapat nombor bong dalam peperiksaan sekolah.
bong-3
Maksud: Gelanggang silat dan lain-lain
Ayat Semua ahli silat diminta bergotong-royong membaiki bong yang rosak.
bongok
Maksud: Sombong
Ayat : Siapa yang mengajar Jali hingga menjadi sangat bongok?
bubok
Maksud: Serangga halus yang gemar memakan kayu
Ayat: Dinding rumah aku sudah reput kerana dimakan bubok.
bujang
Maksud: Perempuan yang sudah diceraikan-Janda
Ayat: Sejak menjadi orang bujang, Su semakin cantik.
bulat-getel
Maksud: Sifat bulat yang sempurna
Ayat: Aku hendak mencari mangkuk tembikar yang bulat-getel.
buru
Maksud: Sejenis ikan tambang yang banyak tulang
Ayat : Saya mahu membeli tiga kilo ikan tambang buru.
busuk-bangor
Maksud: Bau yang tidak menyenangkan
Ayat: Sampah yang dibuang itu mengeluarkan bau yang busuk-bangor.
busuk-kohong
Maksud: Bau hapak-terlalu kuat
Ayat Pakaian aku habis busuk-kohong sebab terkena perut ikan.
Sharif Putera, 2013, KENALI LOGHAT TERENGGANU, Kuala Terengganu, Sharif Kreatif