abar
Maksud: Ada teduhan, misalnya dari pokok, daripada awan yang menyebabkan rasa nyaman
Ayat: Baharu berasa abar apabila dapat duduk di bawah pokok rambutan ini.
abar-2
Maksud: Dinding sebagai pelindung panas
Ayat: Mujurlah dipasang abar, tidaklah begitu kuat rempuhan angin ke tempat memasak.
aci
Maksud: Setuju atau mengiakan sesuatu seperti janji
Ayat: Kalau Mamat aci sahaja, projek itu boleh dijalankan.
acu
Maksud: Cuba atau mencuba sesuatu
Ayat: Acu kamu pakai baju yang baru aku beli ini.
acu-2
Maksud: Mengancam seseorang menggunakan tangan atau dengan sesuatu senjata
Ayat : Pekerja kedai emas itu ketakutan apabila diacu acu pistol oleh perompak.
agah
Maksud: Menyukakan bayi atau budak kecil
Ayat: Jangan tengok sahaja budak itu, agah dia supaya tergelak.
akalang
Maksud: Kerenah; ragam
Ayat: Gelas di atas meja itu sudah pecah, mesti akalang anak Mek Ngah.
akalang-2
Maksud: Memiliki kepintaran, kebijakasanaan
Ayat: Kalau tidak kerana akalang Sabri, banyak alatan rumah Pak Mat dapat diselamatkan.
alahan
Maksud Keaadaan yang seringkali dihadapi perempuan yang baru mengandung
Ayat: Kuat benar Milah alahan sejak mengandungkan anak sulungnya itu.
alik
Maksud: Pusingan gasing yang dipusing
Ayat: Alik gasing kemudi Kampung Alur Som masih ligat.
alik-2
Maksud: Sebelah atau pihak
Ayat Pasukan bola sepak Malaysia masuk ke padang mengikut alik matahari naik.
air cor
Maksud: Air basuhan atau air kumbahan dari dapur
Ayat: Air cor dari rumah Dol itu melimpah ke atas jalan.
ambe
Maksud: Saya, aku, bersifat merendah diri
Ayat: Ambe tidak jadi pergi ke kuala hari ini sebab anak ambe demam.
ambik lajak
Maksud: Ambil permulaan untuk perjalanan
Ayat: Kalau hendak melontar lembing, mesti ambik lajak dahulu.
aye
Maksud: Ikan tongkol
Ayat: Selera makan aku bertambah kalau berlaukkan ikan aye singgang.
awor
Maksud: Musim tertentu bagi sesuatu perkara
Ayat : Sekarang awor orang pakai basikal tayar kecil.
awar-2
Maksud: Wabak penyakit berjangkit
Ayat: Elakkan makan daging sebab sekarang sedang berlaku awor penyakit kuku dan mulut.
Sharif Putera, 2013, KENALI LOGHAT TERENGGANU, Kuala Terengganu, Sharif Kreatif