Pusat informasi, pembelajaran, tempat perlindungan, penetasan dan penyelidikan mengenai penyu. Pusat ini juga turut dijadikan pusat rawatan bagi penyu-penyu yang dijumpai terdampar dan tercedera sebelum dilepaskan semula ke laut.
Kawasan ini telah diwartakan dan dikawal secara berjadual untuk menjamin keselamatan penyu di Negeri Terengganu.
Hari Operasi :
Hubungi Dahulu Sebelum Datang Untuk Tempahan & Pertanyaan
Call first the turtle preservation center for information, enquiry and booking.
Langkah-langkah yang perlu diambil untuk memulihara penyu:
• Jangan makan telur penyu
• Jangan ganggu penyu yang sedang bertelur
• Jangan ganggu anak penyu yang menetas merangkak ke laut
• Jangan beli kraftangan/cenderamata yang dibuat daripada penyu
• Jangan buang sampah ke pantai/laut/sungai
• Jangan buang jaring/pukat/pancing ke dalam laut
• Sokong aktiviti pemuliharaan penyu yang dijalankan di Malaysia
• Hubungi Jabatan Perikanan Malaysia di talin 03-8888 5019 sekiranya terdapat penyu terdampar
Datang lah ke pusat penetasan dan pemeliharaan telur penyu untuk merasai pengalaman melihat penyu dari jarak dekat. Kalau berpeluang, Anda juga dapat menyaksikan melepaskan anak-anak penyu ke pantai.
Cabaran ke sini adalah jalan tidak berturap, walaubagaimanapunjalan masih baik untuk dilalui oleh kenderaan.
Ini adalah satu tempat menarik di Kemaman yang mesti kunjungi untuk memahami kepupusan penyu dan bersama-sama menjaga ekosistem marin di perairan bumi kita.
Sumber: Portal Jabaan Perikanan Malaysia
Untuk sebarang pertanyaan, maklumat, komen, permintaan dan bantuan.
For enquiry, information, comment, request and help.